Skip to content

BMW 2002 TOUR

Private Classic BMW 2002 Tours – Explore Bukittinggi, West Sumatra with Style & Heritage

  • About Us
  • Enchanted Minangkabau
  • Our Customers

PULAU MANDEH, TEMPAT YANG BUAT KAMERA PUN PENING NAK TANGKAP CANTIK DIA

Destinasi Pelancongan

PULAU MANDEH, TEMPAT YANG BUAT KAMERA PUN PENING NAK TANGKAP CANTIK DIA  Kat pesisir barat dari Sumatera Barat, ada sebuah destinasi yang makin dikenali ramai, yaitu Kawasan Wisata Mandeh. Kawasan ni sering digelar sebagai “Raja Ampat-nya Sumatera Barat” kerana keindahan lautnya yang jernih serta gugusan pulau kecil yang memukau. Pulau Mandeh ni terletak kat Kabupaten Pesisir Selatan, kira-kira 1.5 hingga 2 jam perjalanan dari bandar Padang. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan bukit-bukit hijau dan garis pantai yang indah, menjadikan perjalanan tu sendiri satu pengalaman yang menyenangkan. Setibanya kat Mandeh, korang akan disambut dengan suasana alam yang masih terpelihara. Air laut yang tenang sesuai untuk aktiviti macam snorkeling, berenang, dan menjelajah pulau guna bot. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Pulau Setan yang terkenal dengan pasir putihnya yang halus dan air laut berwarna biru kehijauan. Selain itu, korang pun boleh nikmati panorama dari Puncak Mandeh. Dari sini, pemandangan gugusan pulau nampak macam lukisan alam yang sangat mempesona. Waktu matahari terbenam kat sini pun jadi momen yang sangat dinantikan kerana keindahannya yang luar biasa. Bukan hanya alamnya yang memikat, masyarakat tempatan pun terkenal dengan keramahan mereka. Ditambah pula dengan hidangan laut segar yang lazat, pengalaman berkunjung ke Mandeh menjadi lebih bermakna dan sukar dilupakan. So dengan segala keindahan yang dimilikinya, Pulau Mandeh ni ialah destinasi yang sempurna bagi korang yang nak cari ketenangan. Sebab tu bila korang nak kesini, jom PM BMW 2002 Tour, kita akan bawa Korang untuk rasai dan nikmati sendiri.   WE GUIDE YOU TO BEAUTY    Penulis : Egie Aulia Rizky

May 9, 2026 / 0 Comments
read more

RENDANG LOKAN: LAUK UNIK MINANG YANG RAMAI ORANG LUAR BELUM TAU

Culinary

RENDANG LOKAN: LAUK UNIK MINANG YANG RAMAI ORANG LUAR BELUM TAU  Biasanya bila orang dengar perkataan rendang, yang terbayang mesti rendang daging. Tapi sebenarnya, dalam tradisi masakan Minangkabau ada juga pelbagai jenis rendang lain yang dibuat daripada bahan berbeza. Salah satunya ialah rendang lokan, hidangan unik yang menggunakan lokan sebagai bahan utama. Lokan ni sejenis kerang air tawar yang banyak dijumpai dekat sungai atau kawasan paya. Di beberapa daerah dekat Sumatera Barat, lokan memang dah lama dijadikan bahan makanan tradisi. Rasanya yang gurih dan teksturnya yang agak kenyal buat lokan ni sedap dimasak jadi macam-macam lauk, termasuklah rendang. Cara masak rendang lokan lebih kurang sama macam rendang biasa. Lokan akan dimasak dengan santan, cili, bawang, lengkuas, serai, daun kunyit dan beberapa rempah lain. Semua bahan ni dimasak lama sampai kuahnya pekat dan betul-betul meresap ke dalam lokan. Hasilnya, rendang lokan ada rasa yang pedas, gurih dan sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Yang buat rendang lokan ni unik ialah bahan utamanya. Tak semua tempat ada lauk macam ni. Sebab tu rendang lokan boleh dibilang sebagai salah satu makanan tradisi Minang yang agak jarang orang tau, terutamanya bagi orang luar. Sekarang ni, rendang lokan makin ramai yang mula kenal, terutamanya pelancong yang datang ke Sumatera Barat dan nak cuba makanan tradisional yang lain dari yang lain. Dengan cara ni, kuliner Minangkabau bukan saja dikenali sebab rendang daging, tapi juga sebab banyak lagi makanan tradisi yang menarik. Rendang lokan sebenarnya jadi bukti bahawa makanan tradisional Minang memang kaya dengan rasa dan kreativiti. Walaupun hanya menggunakan bahan yang sederhana seperti lokan, masyarakat Minangkabau mampu mengolahnya menjadi satu hidangan yang istimewa, sedap, dan penuh dengan rempah. Kalau suatu hari datang berkunjung ke Sumatera Barat, jangan lepaskan peluang untuk cuba rendang lokan. Walaupun hidangan ni mungkin tak sepopuler rendang daging, tapi keunikan rasa dan bahannya buat ia jadi sesuatu yang istimewa. Siapa tau, rendang lokan inilah salah satu lauk khas Minang yang jarang dijumpai di tempat lain dan boleh jadi pengalaman baru yang menarik untuk dicuba. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria 

May 8, 2026 / 0 Comments
read more

MENGHAYATI MAKNA MALAM BAINAI DALAM PERKAHWINAN TRADISIONAL

Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau

MENGHAYATI MAKNA MALAM BAINAI DALAM PERKAHWINAN TRADISIONAL   Gambar 1.1 Gambaran acara Malam Bainai tradisi perkahwinan Minangkabau Malam Bainai merupakan salah satu tradisi penting dalam adat perkahwinan masyarakat Minangkabau yang sarat dengan nilai budaya, emosi, dan simbolik. Dilaksanakan pada malam sebelum hari persandingan, upacara ini bukan sekadar hiasan atau adat semata-mata, tetapi menjadi momen penuh makna yang menggambarkan peralihan seorang wanita daripada kehidupan bujang kepada alam rumah tangga. Secara tradisinya, Malam Bainai diadakan di rumah pengantin perempuan dalam suasana yang tenang dan penuh keakraban. Ahli keluarga terdekat, khususnya kaum wanita, akan berkumpul untuk bersama-sama menjayakan upacara ini. Inti utama Malam Bainai ialah pemakaian inai pada jari-jari tangan dan kaki pengantin perempuan. Namun, di sebalik amalan ini tersembunyi pelbagai simbol dan harapan yang mendalam. Inai yang dipakai melambangkan kesucian, keindahan, dan harapan agar kehidupan berumah tangga pengantin akan sentiasa diberkati. Setiap jari yang dihias dengan inai membawa maksud tersendiri, seperti kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, dan tanggungjawab. Dalam sesetengah amalan, bilangan jari yang diinai juga mempunyai makna tertentu yang berkait rapat dengan nilai-nilai kehidupan berkeluarga. Selain itu, Malam Bainai juga menjadi ruang untuk keluarga menyampaikan nasihat dan doa kepada bakal pengantin. Kata-kata penuh hikmah daripada ibu, saudara-mara, dan orang tua mencerminkan harapan agar pengantin dapat menghadapi kehidupan berumahtangga dengan tabah dan bijaksana. Dari sudut sosial, tradisi ini mempererat hubungan kekeluargaan dan memupuk semangat kebersamaan. Setiap individu yang terlibat memainkan peranan dalam memastikan upacara berjalan dengan lancar, sekaligus menghidupkan semangat gotong-royong yang menjadi tunjang masyarakat tradisional. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan jadi lebih mudah dan enjoy semasa melancong. Semua sudah kami haturkan dalam pakej pelancongan siap jadi, so tinggal ambik flight ticket dan tentukan Tarikh sediri. Semua urusan darat kitaorang yang settle kan. Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/category/tradisi-dan-atraksi-budaya/https://www.bmw2002tour.com/di-balik-kilau-emas-tu-ada-cerita-tentang-suntiang-minangkabau/https://www.bmw2002tour.com/pernah-dengar-turun-mandi-begini-cara-orang-minang-sambut-bayi-baru-lahir/   WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria

May 7, 2026 / 0 Comments
read more

PANGEK TALUA SASAU, MASAKAN MINANG LAMA YANG MASIH RAMAITAK KENAL

Culinary

PANGEK TALUA SASAU, MASAKAN MINANG LAMA YANG MASIH RAMAITAK KENAL Masakan tradisi dari kawasan sekitar Danau Singkarak memang terkenal dengan rasa yang kuat dan penggunaan rempah yang kaya. Salah satu hidangan yang cukup dikenal oleh masyarakat Minangkabau ialah pangek talua. Walaupun bahan utamanya Cuma telur, hidangan ini tetap terasa istimewa kerana dimasak bersama pelbagai rempah seperti cili, bawang merah, bawang putih, kunyit dan juga santan. Bila semua bahan tu dimasak sekali, kuahnya jadi lemak, sedikit pedas, dan aromanya memang wangi sampai boleh buat orang terus rasa lapar. Cara masak lauk ni sebenarnya tak susah sangat, Cuma kena pandai jaga api dan bagi rempah tu masak elok-elok supaya rasa dia betul-betul naik. Biasanya kuah dia agak pekat dan warna dia kekuningan sebab guna kunyit. Telur tu dimasak dalam kuah sampai rempah betul-betul meresap. Lauk macam ni kalau makan dengan nasi panas memang ngam, lagi-lagi kalau kuah dia masih panas, memang sedap sampai rasa nak tambah nasi lagi. Bagi orang yang tinggal dekat kawasan Danau Singkarak, lauk ni dah lama jadi masakan kampung yang biasa dimakan dari dulu lagi. Kadang-kadang orang masak masa makan ramai-ramai dengan keluarga, atau masa tak ada lauk lain macam ikan dari danau. Walaupun nampak simple je, tapi rasa dia tetap buat orang suka dan tak cepat jemu. Masakan macam ni juga tunjuk macam mana masyarakat Minangkabau pandai olah bahan yang biasa jadi makanan yang sedap. Dari telur yang nampak sederhana je, boleh jadi lauk yang penuh rasa. Cara masak macam ni pun sebenarnya dah diwarisi dari orang dulu lagi, sebab tu makanan tradisi Minangkabau terkenal dengan rempah yang kuat dan cara masak yang khas. Sampai sekarang pun masih ramai masyarakat sekitar danau yang masih masak lauk ni dekat rumah. Walaupun sekarang dah banyak makanan moden, masakan kampung macam ni tetap ada peminat dia. Bagi sesetengah orang, lauk ni bukan sekadar makanan je, tapi juga mengingatkan suasana rumah, keluarga, dan kehidupan kampung yang sederhana. Sebab tu lah masakan tradisi macam ni patut terus dikenalkan kepada generasi muda supaya tak hilang begitu je. Kalau terus diperkenalkan dan dipromosikan, makanan dari kawasan Danau Singkarak ni bukan saja dikenali oleh orang tempatan, tapi juga boleh jadi salah satu kebanggaan kuliner dari Sumatera Barat.    WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi  

May 6, 2026 / 0 Comments
read more

SERIBU RUMAH GADANG, PERMATA BUDAYA DI SOLOK SELATAN YANG WAJIB MASUK LIST TRAVEL

Destinasi Pelancongan,  Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau

SERIBU RUMAH GADANG, PERMATA BUDAYA DI SOLOK SELATAN YANG WAJIB MASUK LIST TRAVEL   Kalau sebut tentang warisan Minangkabau, mesti terbayang atap melengkung tajam macam tanduk kerbau, ukiran halus penuh makna dan suasana kampung yang masih kekal dengan adat. Semua itu boleh korang lihat sendiri di Seribu Rumah Gadang, sebuah perkampungan adat yang terletak di daerah Solok Selatan. Tempat ni bukan sekadar destinasi biasa, tapi betul-betul permata budaya yang masih hidup sampai hari ini. Seperti namanya, Seribu Rumah Gadang menampilkan deretan rumah tradisional Minangkabau yang berdiri megah dan tersusun cantik. Walaupun bukan benar-benar seribu buah, jumlahnya yang banyak dalam satu kawasan memang buat siapa saja rasa kagum. Setiap rumah gadang dibina dengan seni bina khas Minang, lengkap dengan ukiran kayu yang sarat simbol dan falsafah kehidupan masyarakatnya. Yang paling menarik, suasana di sini masih terasa autentik. Korang bukan cuma datang ambil gambar, tapi boleh rasa sendiri vibe kampung adat yang masih aktif dengan kehidupan harian. Ada rumah yang dijadikan homestay dan ada juga yang masih didiami oleh keluarga pewaris suku. Bila berjalan di antara deretan rumah gadang, rasa macam kembali ke zaman dulu, suasananya tenang, tradisional dan penuh nilai kekeluargaan. Selain seni bina, tempat ni juga sering jadi lokasi acara budaya seperti randai, tari tradisional dan majlis adat. Kalau datang pada waktu yang tepat, memang beruntung sebab boleh tengok sendiri keindahan budaya Minangkabau secara langsung. Ini bukan sekadar tempat bergambar, tapi ruang untuk belajar dan menghargai warisan nenek moyang. Dari segi fotografi, memang tak boleh dinafikan setiap sudut di sini sangat estetik. Atap gonjong yang berderet dengan latar belakang langit biru atau kabus pagi memang cantik untuk konten Instagram. Tak hairanlah tempat ni makin popular dalam kalangan pelancong yang nak cari pengalaman budaya yang unik di Sumatera Barat. Kalau korang sedang rancang trip ke Sumatera Barat, jangan cuma fokus ke Bukittinggi atau Padang saja. Cuba masukkan destinasi satu ni dalam itinerary. Sekali datang, korang bukan saja dapat tengok seni bina klasik Minang, tapi juga rasa sendiri nilai adat, sejarah dan suasana kampung yang jarang-jarang boleh ditemui zaman sekarang. Bila korang nak masukkan Seribu Rumah Gadang dalam list pelancongan, boleh terus request dengan BMW 2002 Tour untuk susun itinerary yang lebih teratur dan selesa. Jadi, kalau dah masuk dalam wishlist travel, jangan biarkan ia sekadar perancangan.   Baca juga website terbaru : www.bmw2002tours.com   WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria

May 5, 2026 / 0 Comments
read more

GULAI CANCANG : MASAKAN ISTIMEWA DARI RANAH MINANG

Culinary

GULAI CANCANG : MASAKAN ISTIMEWA DARI RANAH MINANG Kalau bercakap tentang masakan Minangkabau, memang tak habis kalau mau dihitung satu per satu. Setiap daerah ada saja lauk yang jadi kegemaran orang tempatan. Salah satu yang sering dijumpai di rumah makan Minang ialah gulai cancang. Nama cancang itu sendiri datang daripada cara dagingnya dipotong. Biasanya daging lembu akan dipotong kecil-kecil, tidak terlalu besar, supaya mudah dimasak dan cepat meresap dengan kuah gulai. Dari situlah nama gulai cancang mula dikenali oleh orang Minangkabau. Masakan ini dimasak menggunakan santan campur  rempah seperti kunyit, serai, lengkuas, bawang dan cili. Semua bahan ini dimasak perlahan-lahan sehingga kuahnya menjadi pekat dan baunya cukup harum. Daging yang sudah dipotong tadi akan dimasukkan ke dalam kuah gulai dan dimasak sampai lembut. Bila sudah siap, gulai cancang biasanya berwarna kuning kemerahan dengan kuah yang agak pekat. Rasanya lemak dari santan, pedas dari cili, dan cukup terasa rempahnya. Dagingnya pula lembut dan mudah dimakan, sebab sudah dimasak agak lama supaya betul-betul empuk. Di beberapa tempat di Sumatera Barat seperti Bukittinggi atau Padang, gulai cancang sering dijumpai di rumah makan Minang. Biasanya ia dihidangkan bersama nasi panas dan beberapa lauk lain. Walaupun nampak sederhana, rasanya cukup membuat orang berselera. Bagi masyarakat Minangkabau, masakan seperti ini bukan sekadar hidangan biasa. Ia juga menjadi sebahagian daripada tradisi kuliner yang sudah diwarisi sejak lama. Cara memasaknya, rempah yang digunakan, semuanya menggambarkan kekayaan rasa dalam masakan Minang. Kalau korang ingin merasakan  sendiri gulai cancang yang asli dari Minangkabau, memang lebih puas kalau datang terus sini. Selain boleh menikmati berbagai makanan tradisional, korang juga boleh melihat sendiri suasana dan budaya masyarakat Minang. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan jadi lebih mudah dan korang boleh singgah mencuba banyak lagi hidangan khas Minangkabau yang terkenal.   WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis :  Chindy Amelia

May 4, 2026 / 0 Comments
read more

CARANO : LAMBANG ADAT DAN KEHORMATAN DALAM BUDAYA MINANGKABAU

Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau

CARANO : LAMBANG ADAT DAN KEHORMATAN DALAM BUDAYA MINANGKABAU Carano ni ialah satu perlengkapan adat yang penting dalam budaya Minangkabau. Benda ni terbuat daripada logam, macam kuningan atau tembaga, dan digunakan untuk letakkan sirih beserta kelengkapannya yang lain. Dalam masyarakat Minangkabau pun, carano ni bukan sekadar wadah je, tetapi juga melambangkan kehormatan, sopan santun, serta penghargaan terhadap tetamu. Secara tradisional, carano ni pula digunakan dalam berbagai upacara adat, macam pernikahan, penyambutan tamu kehormatan, musyawarah adat, dan acara penting lainnya. Di dalam carano biasanya terdapat sirih, pinang, kapur, gambir, dan tembakau yang disusun dengan rapi. Penyajian sirih di dalam carano melambangkan niat baik, keramahan, serta tanda penghormatan kepada orang yang hadir dalam acara tersebut. Selain itu, carano juga mempunyai makna filosofis dalam adat Minangkabau. Kehadiran dia ni lambangkan kesepakatan, kebersamaan, dan juga tata krama dalam bermasyarakat. Dalam beberapa acara adat, carano ni juga digunakan sebagai simbol permohonan izin atau pembuka pembicaraan sebelum musyawarah dimulai. Seiring perkembangan zaman, fungsi  carano ni masih tetap dipertahankan dalam berbagai upacara adat Minangkabau. Walau saat ni tak semua orang lagi yang kunyah sirih, keberadaan carano tetap jadi simbol penting yang gambarkan kekayaan tradisi dan nilai budaya masyarakat Minangkabau yang menjunjung tinggi adat dan kesopanan. So kalau korang nak tengok langsung cara pembawaan carano ni, atau korang nak makan sirih dari carano. Korang boleh pm saja BMW 2002 Tour! WE GUIDE YOU TO BEAUTY   Penulis : Egie Aulia Rizky

May 2, 2026 / 0 Comments
read more

KALAMAI GEGEK : KULINER TRADISIONAL YANG MASIH BERTAHAN HINGGA KINI

Culinary,  Uncategorized

KALAMAI GEGEK : KULINER TRADISIONAL YANG MASIH BERTAHAN HINGGA KINI Kalamai Gegek ialah makanan tradisional dari Minangkabau, Sumatera Barat yang terkenal dengan rasa manis dan tekstur yang lembut serta sedikit kenyal bila dimakan. Biasanya dibuat daripada bahan-bahan yang sederhana seperti tepung beras, santan dan gula merah. Walaupun bahan yang digunakan tidak terlalu banyak, hasilnya tetap sedap dan mempunyai cita rasa yang khas. Proses pembuatannya memerlukan masa dan juga kesabaran. Tepung beras, santan dan gula merah akan dicampurkan terlebih dahulu sehingga menjadi adunan. Selepas itu, adunan tersebut dimasak di dalam kuali sambil sentiasa dikacau. Proses mengacau ni penting supaya adunan tidak hangit dan boleh masak dengan sempurna. Biasanya adunan perlu dimasak agak lama sehingga teksturnya menjadi lebih pekat dan berubah menjadi hidangan yang lembut serta kenyal. Di beberapa daerah di Sumatera Barat, makanan manis ni masih dijadikan sebagai salah satu kuih tradisional yang dikenali hingga sekarang. Ia boleh dijumpai di pasar tradisional, kedai kecil, atau juga dibuat sendiri di rumah. Ada juga masyarakat yang menikmatinya bersama keluarga ketika waktu santai, kerana rasanya yang manis dan lemak santan memang sesuai dijadikan makanan ringan. Kalamai gegek juga sering dikaitkan dengan budaya dan tradisi masyarakat Minangkabau. Makanan tradisional seperti ini menunjukkan bagaimana masyarakat dahulu memanfaatkan bahan-bahan yang ada di sekitar mereka untuk menghasilkan hidangan yang sedap. Selain itu, proses pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional turut menjadi salah satu keunikan yang membuat makanan ini tetap dikenali hingga sekarang. Walaupun pada masa sekarang sudah banyak makanan moden yang muncul, kalamai gegek masih tetap dikenali dan disukai oleh masyarakat. Ramai orang masih mencari makanan tradisional seperti ini kerana rasanya yang khas dan tidak mudah dilupakan. Bagi sesetengah orang, kalamai gegek bukan sekadar makanan biasa, tetapi juga melambangkan kekayaan kuliner dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Minangkabau. Sebab tu, kalamai gegek perlu terus diperkenalkan kepada generasi muda supaya makanan tradisi ni tak hilang ditelan zaman. Dengan cara tu, warisan kuliner macam ni akan terus dikenali dan masih boleh dinikmati oleh ramai orang pada masa akan datang. Selain menjaga tradisi, memperkenalkan makanan macam ni juga boleh buat masyarakat lebih menghargai kekayaan budaya yang ada di daerah mereka. Korang boleh cuba dan nikmati kudapan satu ni masa datang bercuti kat Padang Bukittinggi with BMW 2002 Tour. Pengalaman sempurna dan menyenangkan dalam sekali trip. Ambik pakej special 4D3N dan tentukan tarikh pilihan korang sekarang.   WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Muhammad Rafi

May 1, 2026 / 0 Comments
read more

BANGUN PAGI TENGOK VIEW MACAM NI KAT NAGARI SUMPU, MEMANG WORTH IT

Destinasi Pelancongan

BANGUN PAGI TENGOK VIEW MACAM NI KAT NAGARI SUMPU, MEMANG WORTH IT Gambar 1.1 Keindahan Kampung Nagari Sumpu dari sudut pandang atas Pernah tak korang bangun pagi, buka pintu atau jendela, terus nampak hamparan sawah menghijau sejauh mata memandang? Udara sejuk, kabus nipis masih turun perlahan, bunyi ayam dan angin lalu jadi muzik latar alami. Rasa dia bukan sekadar tenang tapi macam balik kampung sendiri. Terletak di Kabupaten Tanah Datar, nagari ni masih kuat dengan identiti Minangkabau. Rumah gadang berdiri megah, sawah terbentang luas, dan kehidupan masyarakatnya masih sederhana serta penuh nilai adat. Bila berjalan perlahan di lorong kampung, kita bukan sekadar tengok pemandangan tapi kita rasa suasana. Yang buat tempat ni lain sikit, dia bukan jenis destinasi yang terlalu sibuk. Datang sini, korang boleh duduk santai di tangga rumah gadang, minum kopi panas sambil tengok cahaya matahari naik pelan-pelan dari balik bukit. Tak perlu rushing, tak perlu jadual padat. Just enjoy the moment. Tambahan pula, kedudukan Nagari Sumpu yang dekat dengan Danau Singkarak buatkan view sekitar makin lengkap gabungan air, bukit dan sawah memang cantik untuk bergambar atau sekadar healing. Ramai orang tak tahu, tapi sebenarnya pengalaman bangun pagi di kampung macam ni jauh lebih berharga daripada hotel mewah bertingkat-tingkat. Di sini, ketenangan tu real. Udara dia segar. Senyuman orang kampung pun ikhlas. Kadang-kadang kita pergi jauh untuk cari ketenangan, padahal tempat macam Nagari Sumpu dah sedia beri semua tu alami, sederhana, tapi penuh makna. Jadi kalau satu hari nanti korang bangun pagi dengan view sawah menghijau di depan mata, dan hati rasa damai. Dan mungkin, korang pun akan cakap benda yang sama: “Bangun pagi tengok view macam ni… memang worth it.” Nak rasa sendiri bangun pagi dengan view sawah menghijau di Nagari Sumpu? Jom ambil pakej special bersama BMW 2002 Tour semua dah termasuk transport, hotel dan itinerary santai, korang cuma datang dan nikmati suasana. Tempat cantik, trip selesa, harga pun berbaloi. Nak detail? Mesej kami sekarang dan pilih pakej yang sesuai.   Baca Juga : https://www.bmw2002tour.com/lobang-mbah-soero-saksi-bisu-sejarah-gelap-perlombongan-batu-bara/ https://www.bmw2002tour.com/wp-content/uploads/2026/03/kuburan-p.jpg https://www.bmw2002tour.com/wp-content/uploads/2026/02/ALAHAN.jpg   WE GUIDE YOU TO BEAUTY   Penulis : Bunga Syukria

April 30, 2026 / 0 Comments
read more

WEEKEND SANTAI DI KEBUN TEH SOLOK, MEMANG LAYAN

Destinasi Pelancongan

WEEKEND SANTAI DI KEBUN TEH SOLOK, MEMANG LAYAN Kalau korang jenis yang cepat penat dengan hiruk-pikuk bandar dan nak cari tempat “healing” yang betul-betul tenang, kebun teh kat Solok memang port yang ngam gila. Tempat ni bukan je cantik, tapi ada vibe damai yang susah nak explain   kena datang sendiri baru faham feel dia. Perjalanan nak ke sana pun dah jadi satu pengalaman. Sepanjang jalan, korang akan nampak pemandangan bukit-bukau, kampung tradisional, dan udara yang makin lama makin sejuk. Bila dah hampir sampai, hamparan hijau kebun teh mula nampak luas terbentang memang terus rasa tenang tengok warna hijau dia. Masuk je kawasan kebun teh, suasana terus berubah. Bunyi bising bandar hilang, diganti dengan angin sepoi-sepoi dan bunyi alam. Kalau datang awal pagi, korang boleh nampak kabus nipis yang menyelimuti kawasan kebun memang aesthetic gila, macam dalam movie. Waktu ni juga udara paling fresh, tarik nafas pun rasa puas. Aktiviti kat sini memang tak complicated, tapi itu yang buat dia best. Korang boleh jalan santai ikut laluan kecil di antara pokok teh, sambil ambil gambar. Setiap sudut memang “instagrammable”, tak payah filter pun dah cantik. Kalau datang dengan kawan, memang confirm sesi photoshoot tak berhenti. Kalau datang sorang pun tak bosan, sebab suasana dia cukup untuk buat kita enjoy moment tu. Selain jalan-jalan, ramai juga yang suka duduk lepak lama-lama. Bawa tikar, kopi panas, roti atau snack sikit, terus boleh buat mini picnic. Angin sejuk + view hijau + suasana sunyi, memang kombinasi yang padu. Ada juga yang datang semata-mata nak tenangkan fikiran, baca buku, atau dengar lagu sambil tengok alam. Kalau korang bernasib baik, boleh nampak pekerja kebun tengah petik daun teh. Diorang buat kerja dengan cara tradisional, dan itu sendiri jadi satu pemandangan yang menarik. Dari situ kita boleh nampak betapa susahnya proses hasilkan teh yang kita minum hari-hari. Sekitar kawasan Solok ni juga masih kuat dengan suasana kampung. Rumah-rumah penduduk simple tapi penuh dengan kehangatan. Orang tempatan pun biasanya ramah, siap boleh senyum atau tegur kita walaupun tak kenal. Kalau jenis suka explore, korang boleh jalan sikit ke kawasan kampung berhampiran untuk tengok kehidupan harian di sana. Kesimpulannya, kebun teh di Solok ni memang tempat yang perfect untuk korang recharge diri. Tak perlu aktiviti ekstrem atau tempat mewah pun, cukup dengan alam semula jadi yang indah, suasana tenang, dan masa berkualiti dengan diri sendiri atau orang tersayang. Sekali datang, memang rasa “layan” habis… dan besar kemungkinan korang akan plan nak repeat lagi. Jom ambik pakej special with BMW 2002 Tour dan masuk kan kebun teh sebagai destinasi pelancongan korang. boleh check pakej 4D3N Padang Bukittinggi Tour kat website. Tentukan tarihk dan Booking sekarang! WE GUIDE YOU TO BEAUTY   Penulis : Muhammad Rafi

April 29, 2026 / 0 Comments
read more

BUKIT CAMBAI SOLOK, DESTINASI ALAM YANG WAJIB MASUK BUCKET LIST TRAVEL KORANG

Destinasi Pelancongan,  Uncategorized

BUKIT CAMBAI SOLOK, DESTINASI ALAM YANG WAJIB MASUK BUCKET LIST TRAVEL KORANG Gambar 1.1 View memukau Bukit Cambai dari ketinggian Kalau korang tengah cari tempat yang tenang, sejuk, dan masih belum terlalu ramai orang, Bukit Cambai memang antara destinasi yang patut korang pertimbangkan bila jalan-jalan ke Sumatera Barat. Tempat ni menawarkan pemandangan alam yang luas dengan hamparan bukit hijau yang nampak berlapis-lapis, buat siapa pun yang datang rasa macam “pause” sekejap dari kesibukan hidup harian. Sampai je di kawasan cantik ni, suasana terus berubah jadi lebih damai. Udara dia segar, angin sejuk datang perlahan-lahan, dan mata akan terus disajikan dengan pemandangan bukit yang terbentang sejauh mata memandang. Kalau datang waktu pagi, korang berpeluang tengok kabus tipis yang turun perlahan-lahan, menutupi lembah dan mencipta suasana macam berada di atas awan. Memang tenang habis. Waktu paling cantik untuk singgah biasanya awal pagi atau selepas hujan. Langit jadi lebih bersih, warna hijau alam nampak lebih hidup, dan suasana jadi lebih “dramatic” untuk bergambar. Tak hairanlah ramai yang datang bukan saja untuk menikmati view, tapi juga untuk capture momen cantik di setiap sudut. Selain pemandangan, kat sini juga sesuai untuk korang yang nak lepak santai tanpa aktiviti berat. Tak perlu hiking jauh atau buat aktiviti ekstrem—cukup duduk, tarik nafas dalam-dalam, dan nikmati angin sejuk yang buat fikiran rasa lebih ringan. Tempat ni memang sesuai untuk “slow travel” atau healing santai bersama kawan, keluarga, atau pasangan. Walaupun nampak simple, ada daya tarik dia sendiri yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Sekali datang, biasanya orang akan rasa nak datang lagi sebab vibe tenang dan view alam dia memang kena dengan jiwa. Kalau nak lebih mudah dan tak pening fikir itinerary, korang boleh terus ambil pakej dengan BMW 2002 Tour. Semua dah diuruskan dari transport, tempat singgah terbaik sampai pengalaman trip yang selesa. Korang cuma datang, enjoy, dan ambil gambar sepuasnya, pilih je pakej mana yang sesuai, lepas tu kita gerak sama-sama nikmati cantiknya alam Sumatera Barat. Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/short-escape-lepas-raya-puncak-lawang-memang-berbaloi/ PUNCAK BATU BADINDING: HIDDEN GEM DI SUMATERA BARAT DENGAN VIEW ALAM YANG CANTIK https://www.bmw2002tour.com/pesona-puncak-pato-nikmati-panorama-alam-sumatera-barat-dari-ketinggian/ WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria  

April 28, 2026 / 0 Comments
read more

PASAR AUR KUNING BUKITTINGGI : SPOT WAJIB DALAM ITINERARY SHOPPING TOUR

Destinasi Pelancongan

Kalau sebut Bukittinggi, ramai orang terus terbayang Jam Gadang dan panorama alamnya. Tapi untuk kaki shopping, ada satu tempat yang memang tak boleh ditinggalkan iaitu Pasar Aur Kuning. Inilah pusat borong terbesar di Bukittinggi yang selalu masuk dalam itinerary shopping tour, terutamanya untuk pelancong Malaysia dan rombongan kumpulan. Pasar Aur Kuning terkenal sebagai syurga borong pakaian, kain ela, telekung, tudung, baju kanak-kanak, sehinggalah seluar jeans dan jaket musim sejuk. Pilihannya memang banyak, daripada harga bajet hingga kualiti premium pun ada. Lebih menarik, bila beli dalam kuantiti banyak, harga masih boleh dirunding. Sebab itu ramai peniaga datang ke sini untuk mengambil stok. Suasana di sini memang meriah. Deretan kedai bersambung-sambung, kiri dan kanan penuh dengan paparan pakaian berwarna-warni. Kalau datang pada waktu pagi, suasananya lebih selesa untuk memilih barang. Namun jika datang tengah hari pun tetap meriah, cuma perlu lebih sabar kerana pengunjung memang ramai. Selain pakaian, terdapat juga jualan beg, kasut, aksesori dan pelbagai barangan lain. Pendek kata, kalau masuk dengan niat “tengok-tengok dulu”, selalunya akan keluar dengan plastik penuh di tangan. Shopping di sini memang susah nak berhenti. Sebab itu Pasar Aur Kuning sering menjadi highlight dalam pakej 3D2N atau 4D3N Padang Bukittinggi. Selepas berjalan-jalan menikmati alam Sumatra Barat dan mengambil gambar cantik, tiba masanya untuk borong pula. Lengkaplah perjalanan, ada pengalaman, ada kenangan dan ada buah tangan untuk dibawa pulang. Kalau korang jenis suka shopping dan nak rasa pengalaman borong terus dari pusatnya, Pasar Aur Kuning memang wajib masuk dalam senarai. Datang kosong, balik penuh beg — itu perkara biasa. Nak trip yang lebih mudah dan terurus? Serahkan sahaja pada BMW 20002 Tour, sebab kita sedia pakej lengkap termasuk sesi shopping di pasar aur kuning. Hotel selesa, transport dan guide berpengalaman. Korang hanya perlu datang, enjoy dan fokus borong sahaja. Jom pilih pakej yang sesuai dan tetapkan tarikh sekarang, next trip giliran korang pula shopping kat Bukittinggi.  Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/wp-content/uploads/2026/02/paskul.jpg https://www.bmw2002tour.com/wp-content/uploads/2026/02/Takjil-1.jpg WE GUIDE YOU TO BEAUTY   Penulis : Bunga Syukria

April 27, 2026 / 0 Comments
read more

Posts pagination

1 2 … 10 Next
Royal Elementor Kit Theme by WP Royal.
chat us to booking online now! :)
WhatsApp
Hello, can we help you?
Open chat