Skip to content

BMW 2002 TOUR

Private Classic BMW 2002 Tours – Explore Bukittinggi, West Sumatra with Style & Heritage

  • About Us
  • Enchanted Minangkabau
  • Our Customers

Menanti Puncak Perayaan Jam Gadang Detak Jantung Ibukota yang Bertabur Event Internasional

Destinasi Pelancongan

Bulan June 2026 ini akan menjadi sejarah baharu yang paling gemilang bagi pelancongan di Sumatera Barat. Ikon kebanggaan Ranah Minang, Jam Gadang yang berdiri megah di pusat Bandar Bukittinggi, secara rasminya mencecah usia 100 tahun alias Satu Abad sejak mula dibina pada tahun 1926 yang lalu. Bagi meraikan detik istimewa sekali seumur hidup ini, Pemerintah Bandar Bukittinggi mengadakan sambutan besar-besaran bertemakan “Jam Gadang, Detak Jantung Ibukota” yang akan berlangsung hampir sebulan suntuk, bermula dari 3 hingga 21 June 2026. Sambutan seabad in akan menyajikan puluhan acara bertaraf nasional dan antarabangsa yang sedia membawa keindahan budaya Minangkabau ke pentas dunia.   Rangkaian Acara Antarabangsa dan Budaya Sepanjang June 2026  Bagi anda yang sedang merancang percutian ke Bukittinggi pada bulan ini, anda memang sangat bertuah. Jalanan kota bukan sahaja akan dipenuhi oleh pelancong tempatan, malah delegasi daripada 38 negara sahabat yang ikut serta dalam festival ini. Berikut adalah antara rangkaian acara utama perayaan 100 tahun Jam Gadang :  International Minangkabau Literacy Festival (IMLF-4) (3–7 Jun 2026): Sebagai acara pembuka tirai, festival ini menghimpunkan ratusan seniman dan penulis dunia. Selain pameran buku antarabangsa, dataran Jam Gadang dan Pasa Ateh akan dimeriahkan dengan bazar produk UMKM kreatif yang cukup unik. Parade Budaya 1.000 Wanita Berpakaian Adat: Bersedialah untuk terpukau dengan keindahan visual apabila ribuan wanita Minang berjalan anggun memenuhi jalan utama Bukittinggi, menggayakan Baju Kuruang lengkap dengan hiasan Tanduak dan Suntiang yang berkilauan. Aksi Kaligrafi Kontemporari Gergasi: Saksikan sendiri pembuatan kaligrafi sepanjang 100 meter yang akan dilukis secara live tepat di bawah menara Jam Gadang oleh seniman antarabangsa. Jam Gadang Fun Run 2026 (7 Jun 2026): Acara larian santai 5K yang melalui laluan ikonik sekitar Bukittinggi, disertai oleh pelari nasional, tokoh masyarakat, sehinggalah beberapa Duta Besar negara luar. Pesta Kuliner Tradisional Percuma (21 Jun 2026): Sebagai hadiah penutup buat masyarakat dan pelancong, Pemko Bukittinggi akan menghidangkan sarapan tradisional secara percuma yang menyasarkan 20.000 orang di sekitar kawasan Jam Gadang. Jangan sampai terlepas!   Tips Menikmati Kemeriahan Sambutan Jam Gadang Tanpa Pening Kepala Memandangkan puluhan ribu pengunjung dan ratusan delegasi antarabangsa bakal membanjiri Bukittinggi, ada beberapa perkara realistik yang perlu anda jangkakan: jalanan kota diramal akan sangat padat, lencongan jalan akan dilakukan, dan bilik hotel di sekitar pusat bandar akan menjadi sangat terhad (fully booked). Supaya percutian anda tetap tenang dan gembira, ikuti tips mudah ini: Tempah Tiket Pesawat Lebih Awal: Memandangkan Jun 2026 adalah bulan kemuncak acara antarabangsa, permintaan tiket penerbangan ke Padang (KLIA ke BIM) pasti melonjak tinggi. Tempah tiket anda dari sekarang untuk mendapatkan harga terbaik sebelum ia melambung naik atau kehabisan slot.  Gunakan Jasa Tour Tempatan: Memandu sendiri di tengah kesesakan Bukittinggi ketika acara besar boleh memakan tenaga. Menggunakan perkhidmatan agent pelancongan tempatan amat membantu kerana mereka lebih tahu jalan laluan alternatif dan lokasi tempat letak kereta yang betul. Datang Lebih Awal ke Lokasi: Jika anda mahu menonton persembahan seni malam atau perarakan busana, pastikan anda sudah berada di sekitar kawasan pedestrian beberapa jam sebelum acara bermula untuk cop spot foto terbaik.   Meraikan satu abad Jam Gadang adalah momen langka yang mungkin tidak akan berulang lagi dalam seumur hidup kita. Jadi, pastikan perjalanan anda ke Bukittinggi sepanjang Jun 2026 ini berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Agar anda boleh fokus menikmati kemeriahan festival dan bergambar sakan, serahkan urusan penginapan dan pengangkutan anda kepada BMW 2002 Tour. Kami menyediakan pakej tour khas edisi Sambutan Jam Gadang yang telah dirancang dengan mudah dan selesa lengkap dengan pengangkutan, penginapan terbaik, serta driver dan guide berpengalaman yang sedia membawa anda melalui laluan terbaik bebas kesesakan trafik. Jangan sampai kehabisan slot hotel dan kenderaan pada bulan yang sibuk ini! Hubungi BMW 2002 Tour sekarang juga dan tempah perjalanan bersejarah anda di Ranah Minang! We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

June 1, 2026 / 0 Comments
read more

Trip Padang Bukittinggi: Rancang Sendiri (DIY) vs Ambik Pakej Travel Agent, Mana Lebih Berbaloi?

Uncategorized

Bila sebut sahaja pasal percutian ke Padang Bukittinggi, perkara pertama yang terlintas di fikiran mestilah makanannya yang padu, pemandangan Ngarai Sianok yang memukau, dan syurga shopping kain sulam. Namun, sebelum menempah tiket penerbangan, satu persoalan besar yang sering bermain di minda: “Eh, nak pergi secara DIY (Do it Yourself) atau lagi berbaloi ambil pakej dengan agent pelancongan?” Kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Jom kita bedah satu per satu supaya anda boleh pilih gaya percutian yang paling menjimatkan masa, wang, dan tenaga anda! Percutian Gaya DIY (Do-It-Yourself) Bagi yang berjiwa bebas, merancang percutian sendiri memang memberikan satu kepuasan. Anda yang menentukan segalanya dari A sampai Z. Kelebihan DIY:  Masa yang Sangat Fleksibel: Anda bebas nak bangun pukul berapa, nak lepak lama-lama di Danau Maninjau, atau nak tukar jadual saat-akhir kalau tiba-tiba hujan. Tiada siapa yang akan mengejar masa anda. Pilihan Hotel & Makan Ikut Poket: Anda boleh pilih untuk tidur di homestay bajet atau hotel kegemaran, dan makan di warung-warung kecil tempatan yang mungkin lebih murah berbanding restoran besar yang biasa dikunjungi pelancong. Lebih Cabaran & Pengalaman: Anda akan berinteraksi terus dengan penduduk tempatan untuk bertanya arah, menyewa kenderaan, dan merasai sendiri ‘vibe’ sebenar Sumatera Barat.   Kekurangan DIY:  Penat Merancang: Anda perlu luangkan banyak masa untuk buat research tentang laluan jalan (jalan ke Bukittinggi banyak yang berliku dan berbukit), cari pemandu sewa yang dipercayai, dan menyusun jadual. Risiko Kos Tersembunyi: Kalau tersalah pilih pemandu kereta sewa atau terkena ‘ketuk’ harga di kedai makan yang tidak meletakkan tanda harga, kos akhir boleh jadi berbeza daripada bajet asal. Percutian Menggunakan Agent Pelancongan  Bagi yang tidak mahu pening kepala dan mahu percutian yang tenang bersama keluarga, menyerahkan tugasan merancang kepada Agent adalah pilihan terbaik. Kelebihan Ambil Dengan Agent:  Bebas Stres & Jimat Masa: Selesai buat bayaran, anda hanya perlu bawa beg baju sahaja. Semua urusan pengangkutan (siap pemandu dan minyak), hotel, tiket masuk tempat tarikan, dan makan minum sudah diuruskan. Pemandu: Ejen tempatan biasanya menyediakan pemandu yang tahu seluk-beluk sejarah, budaya Minangkabau, dan lubuk-lubuk makan paling best yang mungkin tidak ada dalam Google Maps. Kos yang Jelas (No Hidden Cost): Anda sudah tahu berapa total kos percutian dari awal lagi. Jadi, lebih mudah untuk menguruskan duit belanja untuk shopping kain sulam atau buah tangan di Pasar Atas nanti.   Pengalaman Berbeda Dengan Agent Pelancongan!  Mungkin anda pernah mendengar rungutan tentang pakej travel agent yang jadualnya terlalu kaku atau menu makanannya yang bosan. Namun, jika anda memilih travel agent tempatan yang betul-betul menjaga kebajikan dan kepuasan tetamu seperti BMW 2002 Tour, semua kerisauan itu langsung tidak wujud! Kami di BMW 2002 Tour sangat faham yang ini adalah percutian impian anda. Sebab itu, kami menawarkan fleksibiliti penuh seperti gaya DIY, tetapi dengan keselesaan sebuah pakej premium, seperti: Masa Boleh Bincang: Berbeza dengan agent lain yang kaku, dengan kami anda boleh bincang dan sesuaikan sendiri jam berapa mahu keluar hotel atau memulakan trip setiap pagi mengikut keselesaan keluarga anda. Menu Ikut Selera Tamu: Kami tidak akan paksa anda makan menu yang sama. Sebaliknya, pemandu kami akan sentiasa bertanya dahulu tetamu mahu makan apa atau sedang mengidam kuliner Padang yang mana, barulah kami hantarkan ke lubuk restoran yang paling padu dan asli. Kesimpulan: Jadi, Mana Lebih Berbaloi?  Keputusan akhir sebenarnya bergantung kepada dengan siapa anda pergi dan apa matlamat percutian anda: DIY Lebih Berbaloi Jika: Anda pergi bersama rakan-rakan yang sekepala, mahu meneroka tempat rare yang tiada dalam jadual pelancongan biasa, dan mempunyai masa yang panjang untuk berjalan santai tanpa terikat dengan jadual sesiapa. Ambil Pakej Dengan Agent Lebih Berbaloi Jika: Anda pergi bersama keluarga besar, membawa ibu bapa yang sudah berusia atau anak-anak kecil. Di Padang-Bukittinggi, jarak antara satu tempat ke satu tempat memakan masa, jadi keselesaan kenderaan dan pengurusan masa oleh ejen sangat penting untuk mengelakkan ahli keluarga kepenatan. Sedia untuk merancang percutian yang santai, selamat, dan mengikut acuan keselesaan anda sendiri ke Padang-Bukittinggi? Biar kami uruskan logistik, anda cuma perlu nikmati percutian! 🟢 Klik di Bawah Untuk Semak Pakej:  Dapatkan sebut harga ground pakej yang telus, fleksibel, dan mesra poket sekarang. Tekan pautan WhatsApp di bawah untuk berbincang terus dengan team kami: 👉 Dapatkan Quotation via WhatsApp We Guide You To Beauty

May 26, 2026 / 0 Comments
read more

Itinerary Padang Bukittinggi 4D3N Terbaik & Tips Rancang Trip Tanpa Pening Kepala

Uncategorized

Mahu bercuti ke Sumatera Barat buat kali pertama? Padang Bukittinggi memang pilihan paling top! Dalam satu trip 4 Hari 3 Malam (4D3N), anda dah boleh dapat pakej lengkap, layan pemandangan gunung yang sejuk, bergambar di tepi pantai, makan nasi padang yang asli, dan cuci mata melihat keunikan budaya Minangkabau. Tapi, untuk first-timer, cabaran utamanya ialah merancang rute jalan. Sebenarnya, susunan rute terbaik adalah 2 malam di Bukittinggi & 1 malam di Padang. Jom kita tengok rute ideal 4D3N yang penuh dengan aktiviti menarik ini! Hari 1: Dari Airport Terus Naik Ke Bukittinggi Bermula dari Lapangan Terbang Minangkabau, perjalanan diteruskan melewati Puncak Kiambang yang penuh dengan pokok kelapa. Sepanjang laluan ke Bukittinggi, rute wajib singgah adalah: Air Terjun Lembah Anai (tepi jalan raya utama). Belajar budaya di PDIKM Padang Panjang. Singgah beli kraftangan kulit di Minang Kayo dan kain sulaman khas Pandai Sikek. Highlight paling best ialah berhenti di Koto Baru untuk makan Kuih Lempeng Neraka! Hari 2: Menjelajah Payakumbuh & Batusangkar Hari kedua fokus kepada keindahan alam dan sejarah. Rute nya ialah menuju Lembah Harau yang dikelilingi bukit batu yang megah (boleh naik Bentor di sini!). Lalu singgah ke Industri Kiniko untuk rasa kopi tradisional dan Kripik Pisang Salai. Selepas tu melawat keagungan Istana Basa Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan. Petang hari, balik ke Bukittinggi untuk santai dan shopping di Jam Gadang serta Pasar Atas. Hari 3: Melawat Danau Maninjau Terus ke Kota Padang Sebelum turun ke Padang, kita pusing rute pemandangan dulu. Masuk Panorama Lobang Jepang dan tengok panorama Ngarai Sianok. Lalu rute Danau Maninjau, singgah bergambar di Puncak Lawang yang berkabut atau melawat Muzium Buya Hamka. Selepas tu tengok cara buat Gula Melaka guna kerbau di Kampung Lawang. Terus ke kota Padang, rute bertukar ke suasana pantai: Melawat China Town, Jembatan Siti Nurbaya, layan sunset di Pantai Padang, dan singgah ke Masjid Al-Hakim di tepi laut. Hari 4: Singgah Tempat Ikonik Sebelum Pulang  Sebelum ke airport, rute terakhir adalah singgah ke Pantai Air Manis untuk tengok Batu Malin Kundang yang lagenda itu, dan melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al Minangkabawi yang tersangat megah dan cantik seni binanya. Banyaknya Tempat Kan. Tapi Macam Susah Je Nak Atur Sendiri? Bayangkan kalau anda kena memandu sendiri, redah trafik, cari jalan guna Google Maps kat kawasan pegunungan, pening fikir nak parkir kereta kat mana, belum lagi bab nak booking hotel dan cari tempat makan yang betul-betul sedap serta mesra pelancong. Silap gaya, masa banyak habis dekat jalan raya sahaja. Sebab itu, tak payah pening kepala! Ambil jalan mudah. Anda enjoy sahaja perjalanan dan pemandangan, bab yang susah tu biar kami yang uruskan. Dari saat anda mendarat, siap dapat sambutan Welcome Scarf Songket lagi! Kereta selesa, hotel dah siap, makan minum pun diatur di restoran lokal yang mantap. Anda cuma perlu bawa diri, duit untuk shopping dan kamera sahaja! Rancang trip mudah anda bersama BMW 2002 Tour  👉 Lihat pakej 4D3N lengkap di sini dan biarkan kami uruskan percutian impian anda tanpa pening kepala! Jangan Tunggu Lagi, Padang Bukittinggi Dah Panggil Tu!  We Guide You To Beauty

May 20, 2026 / 0 Comments
read more

Plan Trip Alahan Panjang Bukittinggi Ini Anggaran Bajet Yang Korang Perlu Tahu

Destinasi Pelancongan,  Tips and Trik Bercuti

Ramai yang tanya, kalau nak bercuti ke Alahan Panjang Padang Bukittinggi, kena sedia bajet besar ke? Jawapannya sebenarnya tak. Secara umum, percutian ke kawasan tanah tinggi Sumatera Barat ni masih dalam kategori berpatutan. Penginapan ada banyak pilihan ikut keselesaan masing-masing, makanan pun harga tempatan yang masih reasonable, dan tempat-tempat menarik pun kebanyakannya mesra poket. Aktiviti macam naik jeep keliling kebun teh atau ATV pula lebih kepada pilihan pengalaman tambahan. Kalau nak rasa vibes sebenar ladang teh dari sudut yang berbeza, memang berbaloi cuba. Tapi kalau nak santai ambil gambar, jalan-jalan menikmati udara sejuk dan tasik, pun dah cukup puas hati. Biasanya untuk trip 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam, bajet sederhana dah memadai untuk cover penginapan, makan, transport, yang penting pandai susun jadual supaya tak bazir masa dan tenaga. Cuma realitinya, bila urus sendiri, kena fikir banyak benda, timing perjalanan, tempah hotel, cari driver yang biasa lalu kawasan berbukit, dan susun laluan supaya tak berpatah balik. Di situlah kadang orang rasa lebih penat daripada bercuti. Sebab tu kalau korang nak trip yang lebih teratur tanpa perlu fikir soal route, hotel atau susun jadual perjalanan, serahkan saja pada team berpengalaman dari BMW 2002 Tour.   Korang boleh pilih pakej yang sesuai dengan tempoh dan gaya percutian: Pakej 4D3N Alahan Panjang Padang Bukittinggi https://www.bmw2002tour.com/product/4d3n-alahan-panjang-minangkabau-tour/ Pakej 5D4N Alahan Panjang Padang Bukittinggi https://www.bmw2002tour.com/product/5d4n-alahan-panjang-bukittinggi-padang-adventure-tour-1n-alahan-panjang-2n-bukittinggi-1n-padang/   Nak tahu anggaran kos sebenar ikut tarikh pilihan korang atau nak custom ikut bajet sendiri? Terus hubungi kami melalui WhatsApp:  https://wa.me/6282138114821 https://wa.me/62811669391 Lebih mudah, lebih jimat masa, dan tak perlu pening fikir susunan itinerary sendiri. Tinggal datang dan nikmati alam Sumatera Barat dengan tenang  We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

May 16, 2026 / 0 Comments
read more

Ramai Yang Tak Tahu Pasar Bawah Bukittinggi Ini, Tempat Paling Sibuk Setiap Hari

Uncategorized

Kalau anda berjalan di Pusat Bukittinggi, tak jauh dari kawasan Pasar Atas, ada satu lagi lokasi yang jadi nadi kehidupan masyarakat tempatan iaitu Pasar Bawah Bukittinggi. Terletak di kawasan Aur Tajungkang Tengah Sawah, pasar ini memang lebih dikenali sebagai pasar basah tempat orang datang membeli keperluan dapur setiap hari. Seawal pagi lagi suasana sudah meriah. Sayur segar dari kawasan tanah tinggi, ikan, daging, cili, rempah dan pelbagai hasil tani tempatan memenuhi gerai-gerai yang tersusun rapat. Suara peniaga memanggil pelanggan dan aktiviti tawar-menawar jadi pemandangan biasa di sini. Bagi pelancong yang ingin melihat sendiri rutin harian masyarakat Bukittinggi, inilah tempat yang paling “real” dan penuh warna. Memang benar, tak semua orang akan masukkan pasar basah dalam senarai lawatan. Tapi kalau anda jenis suka pengalaman autentik dan mahu rasa suasana tempatan sebenar, singgah sebentar di Pasar Bawah beri perspektif yang berbeza tentang bandar ini. Kalau nak itinerary yang seimbang, ada alam, ada spot ikonik, dan ada pengalaman lokal macam Pasar Bawah, boleh rancang bersama BMW 2002 Tour. Jadikan trip Padang Bukittinggi anda lebih berkesan dan penuh pengalaman yang berbeza daripada biasa. We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

May 15, 2026 / 0 Comments
read more

Alahan Panjang Jadi Spot Trending 2026, Apa Sebenarnya Yang Best Di Sini?

Destinasi Pelancongan

Sejak awal tahun 2026, nama Alahan Panjang makin kerap muncul di media sosial. Ramai yang kongsi gambar tasik berkabus waktu pagi, ladang sayur yang luas terbentang, dan suasana sejuk ala-ala Cameron Highlands versi Sumatera Barat. Tak pelik kalau destinasi ini terus jadi sebutan dan masuk dalam wishlist percutian ramai orang. Salah satu tarikan utama di sini ialah Danau Diatas dan Danau Dibawah. View tasik dengan latar bukit hijau memang nampak cantik tak kira waktu pagi atau petang. Selain ambil gambar, pengunjung juga boleh naik jeep explore kawasan sekitar, singgah kebun strawberi, atau sekadar lepak santai hirup udara sejuk yang susah nak rasa di tempat lain. Kalau datang ke sini, banyak sebenarnya yang boleh diteroka. Anda boleh jalan santai sekitar tasik, bergambar di spot-spot tinggi dengan panorama ladang dan bukit, melawat kebun teh serta kebun sayur tempatan, atau cuba pengalaman camping dan glamping dengan view terus menghadap alam terbuka. Waktu pagi berkabus dan petang menjelang senja memang jadi waktu paling cantik untuk nikmati suasana Alahan Panjang. Apa yang buat Alahan Panjang makin viral ialah suasananya yang masih terasa natural dan tak terlalu sesak. Sesuai untuk trip keluarga, kawan-kawan, malah honeymoon pun cantik. Kalau anda plan nak masukkan Alahan Panjang dalam itinerary Padang Bukittinggi, boleh terus hubungi kami di BMW 2002 Tour. Jom susun trip Sumatera Barat yang lagi trending tahun ini. We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

May 14, 2026 / 0 Comments
read more

Ini Sebabnya Kenapa Taman Margasatwa dan Budaya Kinantan Bukittinggi Ramai di Pilih untuk Bercuti dengan Family

Destinasi Pelancongan

Taman Margasatwa dan Budaya Kinantan di Bukittinggi adalah salah satu tempat rekreasi yang tak boleh dilepaskan kalau anda merancang trip keluarga ke Sumatera Barat. Terletak di kawasan Bukit Cubadak Bungkuak, taman margasatwa ini sudah berusia lebih dari satu abad dan menjadi salah satu kebun binatang tertua di Indonesia serta satu-satunya di Sumatera Barat yang menawarkan pengalaman menarik melihat ragam satwa dari dekat. Di sini bukan sekadar tempat melihat binatang, tetapi juga ruang pembelajaran yang seronok untuk semua umur. Anak-anak boleh belajar tentang fauna berbeza-beza, dari mamalia hingga reptilia dan burung, sementara orang dewasa boleh menikmati pemandangan alam, struktur budaya Minangkabau seperti rumah adat, serta sejarah sekitar kawasan ini.  Selain itu, Taman Margasatwa dan Budaya Kinantan juga berdekatan dengan beberapa spot sejarah dan panorama menarik seperti Benteng Fort de Kock dan jambatan Limpapeh yang menghubungkan ke kawasan lain, jadi kunjungan ini boleh jadi kombinasi antara edukasi, alam, budaya dan pengalaman keluarga yang lengkap.  Bila anda plan nak sertakan destinasi ini dalam itinerary Padang–Bukittinggi, kami di BMW 2002 Tour boleh bantu atur transport, tiket masuk, dan jadual lawatan supaya perjalanan keluarga lebih santai dan tersusun. Hubungi kami untuk info lanjut dan tempahan trip!  We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

May 13, 2026 / 0 Comments
read more

Pesona Pandai Sikek, Kampung Tenun Songket dan Bordiran Tradisi Minangkabau

Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau

Di kawasan sejuk kaki gunung di Sumatera Barat, terdapat sebuah kampung yang terkenal dengan kehalusan seni tangan tradisionalnya iaitu Pandai Sikek. Tempat ini memang sudah lama dikenali sebagai “Syurga kecil” bagi peminat kain songket dan bordiran Minangkabau yang penuh dengan corak unik serta makna budaya yang dalam. Kalau berjalan-jalan disini, anda akan nampak deretan kedai-kedai yang mempamerkan kain songket tenunan tangan yang berwarna-warni. Proses pembuatannya masih kekal tradisional, dilakukan dengan penuh ketelitian oleh para pengrajin tempatan. Setiap helaian kain bukan sekadar cantik dipandang, tapi juga membawa cerita dan warisan yang masih dijaga sampai hari ini. Selain membeli kain, pengalaman melihat sendiri proses menenun di Pandai Sikek memang memberi rasa yang berbeza. Suasana kampung yang tenang, udara sejuk, dan keramahan penduduknya buat siapa sahaja rasa selesa untuk singgah lebih lama. Kalau anda plan nak jalan ke Padang Bukittinggi, tempat ini memang wajib masuk dalam itinerary. Kalau nak mudah urus trio, itinerary siap, transport, dan lawatan ke Pandai Sikek sekali, boleh terus hubungi kami di BMW 2002 Tour. Jom Plan trip ke Sumatera Barat dengan lebih santai dan teratur. We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

May 12, 2026 / 0 Comments
read more

Kiniko Coffee Sumatera Barat, Tempat Kopi Kampung dan Kawa Daun yang Wajib Dicuba

Culinary

Kalau sebut tentang kopi kampung di Sumatera Barat, memang tak lengkap kalau tak bayangkan aroma kopi yang dibancuh secara tradisional, pekat dan penuh rasa asli dari alam Minangkabau. Pengalaman minum kopi di sini bukan sekadar minum biasa, tapi satu suasana yang dekat dengan budaya dan cara hidup masyarakat setempat. Salah satu tempat yang boleh anda singgah untuk merasai sendiri pengalaman ini ialah Kiniko Coffee. Di sini anda bukan sahaja boleh cuba kopi kampung, tapi juga lihat sendiri proses pembuatan kopi dari biji sampai siap dihidangkan, semuanya masih menggunakan cara tradisional yang unik dan menarik untuk disaksikan. Selain itu, di Kiniko Coffee juga anda boleh cuba kopi kawa daun yang dibancuh menggunakan daun kopi kering, satu minuman tradisi Minangkabau yang semakin jarang ditemui sekarang. Tak ketinggalan, ada juga pisang salai yang sesuai dijadikan kudapan sambil menikmati kopi panas dan suasana alam yang tenang. Tempat ini memang sesuai untuk singgah santai bila jalan-jalan sekitar Padang atau Bukittinggi, terutama kalau anda nak rasa pengalaman kopi yang lebih “local” dan autentik. Kalau nak lebih senang plan trip, tak perlu pening fikir transport dan itinerary, boleh terus hubungi kami di BMW 2002 Tour. Jom jalan-jalan di Padang Bukittinggi dengan pengalaman yang lebih santai, lengkap dan tersusun.  We Guide You To Beauty Penulis : Nabila Rezki Syaputri

May 11, 2026 / 0 Comments
read more

PULAU MANDEH, TEMPAT YANG BUAT KAMERA PUN PENING NAK TANGKAP CANTIK DIA

Destinasi Pelancongan

PULAU MANDEH, TEMPAT YANG BUAT KAMERA PUN PENING NAK TANGKAP CANTIK DIA  Kat pesisir barat dari Sumatera Barat, ada sebuah destinasi yang makin dikenali ramai, yaitu Kawasan Wisata Mandeh. Kawasan ni sering digelar sebagai “Raja Ampat-nya Sumatera Barat” kerana keindahan lautnya yang jernih serta gugusan pulau kecil yang memukau. Pulau Mandeh ni terletak kat Kabupaten Pesisir Selatan, kira-kira 1.5 hingga 2 jam perjalanan dari bandar Padang. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan bukit-bukit hijau dan garis pantai yang indah, menjadikan perjalanan tu sendiri satu pengalaman yang menyenangkan. Setibanya kat Mandeh, korang akan disambut dengan suasana alam yang masih terpelihara. Air laut yang tenang sesuai untuk aktiviti macam snorkeling, berenang, dan menjelajah pulau guna bot. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Pulau Setan yang terkenal dengan pasir putihnya yang halus dan air laut berwarna biru kehijauan. Selain itu, korang pun boleh nikmati panorama dari Puncak Mandeh. Dari sini, pemandangan gugusan pulau nampak macam lukisan alam yang sangat mempesona. Waktu matahari terbenam kat sini pun jadi momen yang sangat dinantikan kerana keindahannya yang luar biasa. Bukan hanya alamnya yang memikat, masyarakat tempatan pun terkenal dengan keramahan mereka. Ditambah pula dengan hidangan laut segar yang lazat, pengalaman berkunjung ke Mandeh menjadi lebih bermakna dan sukar dilupakan. So dengan segala keindahan yang dimilikinya, Pulau Mandeh ni ialah destinasi yang sempurna bagi korang yang nak cari ketenangan. Sebab tu bila korang nak kesini, jom PM BMW 2002 Tour, kita akan bawa Korang untuk rasai dan nikmati sendiri.   WE GUIDE YOU TO BEAUTY    Penulis : Egie Aulia Rizky

May 9, 2026 / 0 Comments
read more

RENDANG LOKAN: LAUK UNIK MINANG YANG RAMAI ORANG LUAR BELUM TAU

Culinary

RENDANG LOKAN: LAUK UNIK MINANG YANG RAMAI ORANG LUAR BELUM TAU  Biasanya bila orang dengar perkataan rendang, yang terbayang mesti rendang daging. Tapi sebenarnya, dalam tradisi masakan Minangkabau ada juga pelbagai jenis rendang lain yang dibuat daripada bahan berbeza. Salah satunya ialah rendang lokan, hidangan unik yang menggunakan lokan sebagai bahan utama. Lokan ni sejenis kerang air tawar yang banyak dijumpai dekat sungai atau kawasan paya. Di beberapa daerah dekat Sumatera Barat, lokan memang dah lama dijadikan bahan makanan tradisi. Rasanya yang gurih dan teksturnya yang agak kenyal buat lokan ni sedap dimasak jadi macam-macam lauk, termasuklah rendang. Cara masak rendang lokan lebih kurang sama macam rendang biasa. Lokan akan dimasak dengan santan, cili, bawang, lengkuas, serai, daun kunyit dan beberapa rempah lain. Semua bahan ni dimasak lama sampai kuahnya pekat dan betul-betul meresap ke dalam lokan. Hasilnya, rendang lokan ada rasa yang pedas, gurih dan sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Yang buat rendang lokan ni unik ialah bahan utamanya. Tak semua tempat ada lauk macam ni. Sebab tu rendang lokan boleh dibilang sebagai salah satu makanan tradisi Minang yang agak jarang orang tau, terutamanya bagi orang luar. Sekarang ni, rendang lokan makin ramai yang mula kenal, terutamanya pelancong yang datang ke Sumatera Barat dan nak cuba makanan tradisional yang lain dari yang lain. Dengan cara ni, kuliner Minangkabau bukan saja dikenali sebab rendang daging, tapi juga sebab banyak lagi makanan tradisi yang menarik. Rendang lokan sebenarnya jadi bukti bahawa makanan tradisional Minang memang kaya dengan rasa dan kreativiti. Walaupun hanya menggunakan bahan yang sederhana seperti lokan, masyarakat Minangkabau mampu mengolahnya menjadi satu hidangan yang istimewa, sedap, dan penuh dengan rempah. Kalau suatu hari datang berkunjung ke Sumatera Barat, jangan lepaskan peluang untuk cuba rendang lokan. Walaupun hidangan ni mungkin tak sepopuler rendang daging, tapi keunikan rasa dan bahannya buat ia jadi sesuatu yang istimewa. Siapa tau, rendang lokan inilah salah satu lauk khas Minang yang jarang dijumpai di tempat lain dan boleh jadi pengalaman baru yang menarik untuk dicuba. WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria 

May 8, 2026 / 0 Comments
read more

MENGHAYATI MAKNA MALAM BAINAI DALAM PERKAHWINAN TRADISIONAL

Fun fact Warisan dan Budaya Minangkabau

MENGHAYATI MAKNA MALAM BAINAI DALAM PERKAHWINAN TRADISIONAL   Gambar 1.1 Gambaran acara Malam Bainai tradisi perkahwinan Minangkabau Malam Bainai merupakan salah satu tradisi penting dalam adat perkahwinan masyarakat Minangkabau yang sarat dengan nilai budaya, emosi, dan simbolik. Dilaksanakan pada malam sebelum hari persandingan, upacara ini bukan sekadar hiasan atau adat semata-mata, tetapi menjadi momen penuh makna yang menggambarkan peralihan seorang wanita daripada kehidupan bujang kepada alam rumah tangga. Secara tradisinya, Malam Bainai diadakan di rumah pengantin perempuan dalam suasana yang tenang dan penuh keakraban. Ahli keluarga terdekat, khususnya kaum wanita, akan berkumpul untuk bersama-sama menjayakan upacara ini. Inti utama Malam Bainai ialah pemakaian inai pada jari-jari tangan dan kaki pengantin perempuan. Namun, di sebalik amalan ini tersembunyi pelbagai simbol dan harapan yang mendalam. Inai yang dipakai melambangkan kesucian, keindahan, dan harapan agar kehidupan berumah tangga pengantin akan sentiasa diberkati. Setiap jari yang dihias dengan inai membawa maksud tersendiri, seperti kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, dan tanggungjawab. Dalam sesetengah amalan, bilangan jari yang diinai juga mempunyai makna tertentu yang berkait rapat dengan nilai-nilai kehidupan berkeluarga. Selain itu, Malam Bainai juga menjadi ruang untuk keluarga menyampaikan nasihat dan doa kepada bakal pengantin. Kata-kata penuh hikmah daripada ibu, saudara-mara, dan orang tua mencerminkan harapan agar pengantin dapat menghadapi kehidupan berumahtangga dengan tabah dan bijaksana. Dari sudut sosial, tradisi ini mempererat hubungan kekeluargaan dan memupuk semangat kebersamaan. Setiap individu yang terlibat memainkan peranan dalam memastikan upacara berjalan dengan lancar, sekaligus menghidupkan semangat gotong-royong yang menjadi tunjang masyarakat tradisional. Jangan lupa pesan pakej bersama BMW 2002 Tour, supaya perjalanan jadi lebih mudah dan enjoy semasa melancong. Semua sudah kami haturkan dalam pakej pelancongan siap jadi, so tinggal ambik flight ticket dan tentukan Tarikh sediri. Semua urusan darat kitaorang yang settle kan. Baca juga : https://www.bmw2002tour.com/category/tradisi-dan-atraksi-budaya/https://www.bmw2002tour.com/di-balik-kilau-emas-tu-ada-cerita-tentang-suntiang-minangkabau/https://www.bmw2002tour.com/pernah-dengar-turun-mandi-begini-cara-orang-minang-sambut-bayi-baru-lahir/   WE GUIDE YOU TO BEAUTY Penulis : Bunga Syukria

May 7, 2026 / 0 Comments
read more

Posts pagination

1 2 … 10 Next
Royal Elementor Kit Theme by WP Royal.
chat us to booking online now! :)
WhatsApp
Hello, can we help you?
Open chat